Bangladesh kutuk Menteri Agama Myanmar yang dakwa pelarian Rohingya "dihasut"
Bangladesh membuat bantahan kepada Duta Besar Myanmar di negara itu atas apa yang didakwanya sebagai "kenyataan tidak bertanggungjawab" oleh Menteri Agama Myanmar.
DHAKA: Bangladesh membuat bantahan kepada Duta Besar Myanmar di negara itu atas apa yang didakwanya sebagai "kenyataan tidak bertanggungjawab" oleh Menteri Agama Myanmar.
Pada Selasa (4 Dis), menteri berkenaan, Thura Aung Ko berkata pelarian Muslim Rohingya yang tinggal di negara jiran Bangladesh "dipaksa mempercayai sesuatu yang tidak benar" terhadap Myanmar yang majoriti penduduknya adalah penganut Buddha.
Kementerian Luar Bangladesh mengutuk keras kenyataan itu sambil berkata negara itu tidak akan membiarkan sahaja fahaman militan dan radikalisme.
Duta Besar Myanmar di Bangladesh dilaporkan cuba mengurangkan ketegangan itu dengan berkata komen tersebut adalah pendirian peribadi Menteri Agama itu sendiri.
Pelarian Rohingya di Bangladesh enggan pulang ke wilayah Rakhine, selagi Myanmar tidak memenuhi tuntutan mereka untuk diberikan hak kerakyatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.