Images
  • rais yatim adv
    Iklan akhbar yang ditukil Rais Yatim (Gambar: Twitter/@DrRaisYatim)

Bahasa tidak statik, namun perlu diubah kepada 'yang lebih elok'

SHAH ALAM: “Sekerat belut sekerat ular,” itu sindiran bekas menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim selepas melihat iklan akhbar menggunakan gabungan bahasa kurang sesuai.

Astro Awani melaporkan Encik Rais yang berkongsi pendapatnya itu melalui laman Twitter peribadinya sebagai berkata, sememangnya perlu menerima hakikat bahasa (Bahasa Melayu) itu tidak statik dan berubah mengikut peredaran zaman.

Bagaimanapun menurutnya, biarlah bahasa Melayu berkenaan diubah kepada yang lebih baik lagi.

“Iklan akhbar hari ini. Nangis.. nangis lagilah pencinta bahasa… dah dibuat pulak istilah ‘tehgether’ dalam iklan ini susulan ‘ngeteh’ dan ‘ngopi’," tulis Encik Rais seperti ditukil Astro Awani.

“Kita terima hakikat bahasa itu tak statik. Ia berubah ikut zaman. Tapi ubahlah kepada yang lebih elok. Tolong jangan sekerat belut sekerat ular,” katanya pada Jumaat (14 Sep).

- Agensi berita/TQ/tq

Top