Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bahasa Isyarat, Al-Quran Braille disediakan bagi jemaah di Tanah Suci

Bahasa Isyarat, Al-Quran Braille dan kerusi roda elektrik adalah antara kemudahan baru yang ditawarkan di Makkah dan Madinah bagi membantu para jemaah kurang upaya untuk melakukan ibadah Haji dan Umrah.

Anggaran Waktu Membaca:
Bahasa Isyarat, Al-Quran Braille disediakan bagi jemaah di Tanah Suci

Al-Quran Braille. (Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 16 Dec 2018 10:27PM Dikemas Kini : 16 Dec 2018 10:29PM

MAKKAH: Bahasa Isyarat, Al-Quran Braille dan kerusi roda elektrik adalah antara kemudahan baru yang ditawarkan di Makkah dan Madinah bagi membantu para jemaah kurang upaya untuk melakukan ibadah Haji dan Umrah.

Seorang pegawai menyifatkan para jemaah yang kurang upaya sebagai "mereka yang bermotivasi tinggi dengan semangat luar biasa". Khidmat-khidmat ditawarkan bagi memudahkan mereka menjalankan ibadah dan mengatasi cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi pada waktu-waktu sibuk.

Encik Ahmed Al-Burqati, yang ditugaskan untuk membantu para jemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, memberitahu Arab News bahawa terdapat pintu masuk khas bagi para jemaah kurang upaya. Ini bagi memudahkan mereka memasuki ruang-ruang solat, termasuk di tingkat bawah dan aras pertama Masjidil Haram.

Beberapa peruntukan lain yang disediakan termasuk pen yang membantu para jemaah membaca Al-Quran dan bantuan membawa serta memegang Al-Quran bagi yang tidak upaya. Salinan-salinan Al-Quran Braille dan buku-buku agama lain turut disediakan. Selain itu, ada juga para pegawai yang ditugaskan bagi membantu para jemaah semasa masuk waktu solat mahupun untuk ke tempat-tempat dalam masjid, tambahnya.

Encik Ahmed Badawi, seorang jemaah Mesir yang melakukan ibadah Umrah, berkongsi dengan Arab News bahawa beliau sama sekali tidak menjangkakan khidmat seperti itu di pekarangan Masjidil Haram.

Antara khidmat-khidmat khas lain di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi termasuk: Kerusi-kerusi roda yang dipindahkan menggunakan kereta golf ke kawasan-kawasan solat, pintu masuk khas, pentafsir bahasa isyarat bagi mereka yang kurang upaya pendengaran dan pertuturan; tongkat bagi jemaah kurang daya penglihatan dan pendengaran; dan kerusi roda elektrik untuk jemaah menjalankan ibadah seperti tawaf, lapor Arab News.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan