Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Badan Peguam alu-alukan peletakan jawatan ketua hakim

Badan Peguam Malaysia mengalu-alukan peletakan jawatan Ketua Hakim Negara, Encik Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Encik Zulkefli Ahmad Makinudin.

Anggaran Waktu Membaca:
Badan Peguam alu-alukan peletakan jawatan ketua hakim

Zulkefli Ahmad Makinudin (kiri) dan Raus Sharif. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 10:45AM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 10:47AM

KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia mengalu-alukan peletakan jawatan Ketua Hakim Negara, Encik Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Encik Zulkefli Ahmad Makinudin.

Presiden Badan Peguam Malaysia George Varughese dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin (12 Jun) berkata peletakan jawatan mereka boleh dianggap bahawa pelantikan mereka sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Encik Raus dan Encik Zulkefli mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun dengan peletakan jawatan mereka berkuat kuasa pada 31 Julai, menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam (13 Jun) oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Encik Varughese berkata oleh kerana Encik Raus (Ketua Hakim Negara ketika itu) dan Encik Zulkefli (Presiden Mahkamah Rayuan ketika itu) pada mulanya dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan dan selepas itu, masing-masing terus menyandang jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, ini menimbulkan persoalan sama ada mereka juga meletak jawatan sebagai hakim tambahan.

“Badan Peguam Malaysian pada setiap masa mengambil pendirian bahawa pelantikan – sebagai hakim tambahan dan terus memegang jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan - secara terang-terangan tidak mengikut perlembagaan.

“Atas sebab inilah, kita sejak awal lagi kami meminta Raus dan Zulkefli menolak pelantikan sebagai hakim tambahan dan untuk terus memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, dan dengan itu memfailkan tindakan undang-undang memohon pengisytiharan bahawa pelantikan tersebut adalah tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah,” kata beliau.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan