Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Azmin Ali akan bertemu Khaw Boon Wan sekali lagi esok

"Beliau (Encik Khaw) sudah mengambil kira pendirian kita dan akan membawakan perkara itu kepada mesyuarat kabinet Singapura. Saya dimaklumkan mesyuarat itu akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Aug 2018 04:13PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 08:54PM

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali akan bertemu sekali lagi dengan Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan esok (17 Ogos) untuk meneruskan rundingan mengenai projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

"Kami akan mengadakan mesyuarat susulan tengah hari esok (17 Ogos) di Putrajaya selepas mesyuarat Kabinet,” katanya kepada para wartawan selepas menghadiri pelancaran hospital pakar Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur, hari ini (16 Ogos).

Encik Mohamed Azmin berkata pertemuan beliau sebelum ini dengan Encik Khaw pada Sabtu lepas (11 Ogos) membawa hasil yang baik dan sangat produktif sambil menambah beliau sudah menyuarakan pendirian Malaysia mengenai HSR.

"Beliau (Encik Khaw) sudah mengambil kira pendirian kita dan akan membawakan perkara itu kepada mesyuarat kabinet Singapura. Saya dimaklumkan mesyuarat itu akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Bulan lepas, Malaysia menyatakan bahawa ia akan menangguhkan pelaksanaan projek HSR, menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura yang menelan perbelanjaan sekitar RM110 bilion (S$37 bilion), disebabkan kekangan sumber kewangan.

Selepas membawa Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sudah membatalkan beberapa projek prasarana besar yang menelan kos tinggi serta menangguhkan beberapa projek lain dalam usahanya untuk memulihkan kewangan Malaysia ekoran hutang tinggi kerajaan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan