Images
  • rendang IKEA
    Gambar: IKEA/Facebook

Ayam rendang 'crispy' kini dalam menu IKEA

KUALA LUMPUR : Gara-gara isu ayam rendang ‘crispy’ yang mula viral sejak beberapa minggu lalu, syarikat perabot terbesar di dunia, IKEA merealisasikan menu tersebut, menurut Astro AWANI.

Melalui satu catatan Facebook, IKEA Malaysia memperkenalkan Rendang Chicken Wings yang sudah mula dijual pada 13 April sehingga 30 April ini.

Dalam pada itu, IKEA Singapura turut memperkenalkan menu yang sama bernilai $9 bagi 6 ketul kepak ayam rendang.

“Promosi ini bernilai RM18.90 (S$6) untuk 6 ketul kepak ayam rendang dan boleh didapati di semua restoran IKEA bermula hari ini (13 April) sehingga 30 April 2018,” menurut catatan IKEA Malaysia.

Namun, menu tersebut mengundang pelbagai komen - ada yang teruja untuk mencuba dan ada pula yang berkata bahawa resipi asal ayam rendang sepatutnya dikekalkan.

Astro AWANI melaporkan bahawa selepas dikecam teruk oleh netizen gara-gara isu ayam rendang 'crispy', juri MasterChef UK akhirnya tampil memberikan penjelasan.

Gregg Wallace menjelaskan apa yang dimaksudkannya adalah rendang ayam yang dimasak peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin itu sebenarnya tidak masak, bukan garing.

- Agensi berita/SM/sm

Komen Anda?

Top