Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia umumkan akan iktiraf Baitulmakdis Barat sebagai ibu kota Israel

Dalam satu perubahan ketara pada dasar luarnya, Australia dengan rasminya mengiktiraf barat Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2018 04:14PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 10:27PM

AUSTRALIA: Dalam satu perubahan ketara pada dasar luarnya, Australia dengan rasminya mengiktiraf barat Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Bagaimanapun Canberra tidak akan memindahkan kedutaannya sehingga satu huraian damai dicapai mengenai status Baitulmakdis.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengumumkan keputusan itu dalam ucapannya di Sydney pagi tadi. Menurutnya adalah demi "kepentingan Australia untuk menyokong demokrasi liberal" di Timur Tengah.

Beliau menambah kedutaan Australia akan kekal di Tel Aviv buat masa ini. Bagaimanapun Australia akan menubuhkan pejabat pertahanan dan dagangan di Bailtulmakdis.

Menjelang pengumuman itu, Canberra sudah memberi amaran kepada rakyatnya supaya berjaga-jaga apabila berada di Indonesia yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Langkah Australia itu mengikut jejak Washington yang mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaannya ke situ.

Keputusan Washington itu mencetuskan bantahan besar-besaran di Gaza pada Mei lalu menyebabkan puluhan orang mati. Kalangan pengkritik membidas hebat kerajaan pimpinan Encik Morrison kerana mengikut jejak langkah Washington secara membuta tuli.

Langkah itu dikhuatiri akan mencetuskan ketegangan dan menghambat peluang mencapai perjanjian damai kerana kedua-dua Israel dan Palestin menuntut Baitulmakdis sebagai ibu kota. 

Sumber : Reuters/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan