Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia tambah dana $1.8 bilion bagi kawasan kemarau

Kerajaan Australia mengumumkan tambahan dana bernilai AUS$1.8 billion (S$1.8 bilion) bagi membantu para penternak lembu tempatan yang terjejas hebat oleh kemarau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Aug 2018 07:36PM Dikemas Kini : 19 Aug 2018 11:42PM

MELBOURNE: Kerajaan Australia mengumumkan tambahan dana bernilai AUS$1.8 billion (S$1.8 bilion) bagi membantu para penternak lembu tempatan yang terjejas hebat oleh kemarau.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull mengikrarkan bantuan ini sebagai tambahan kepada bantuan bernilai AUS$576 milion (S$577 juta) yang diumumkan sebelum ini dalam satu lawatan ke Forbes, New South Wales, di mana kemarau sedang melanda.

"Saya ingin beritahu kepada para petani kita, kami akan menyokong anda."

"Kami sentiasa berusaha memastikan anda mendapat sokongan secukupnya, dan pasti ramai-ramai doakan hujan."

Pihak pemerintah memberitahu bahawa pendanaan baru akan diperuntukkan bagi projek prasarana, sementara bantuan cukai dan pinjaman rendah faedah sehingga AUS$2 juta (S$2 juta) bagi para petani juga sebahagian daripada pakej bantuan.

Pengumuman ini dibuat dua minggu setelah pemerintah negara mengumumkan satu pakej bantuan dan Wilayah New South Wales juga memperuntukkan AUS$1 bilion (S$1 bilion) dalam bentuk bantuan bagi para petani.

Sebahagian besar bahagian timur Australia itu sedang mengalami keadaan cuaca yang sangat kering.

Ia juga menyebabkan kejadian luar biasa - kebakaran belukar dalam musim sejuk di beberapa kawasan.

Sumber : Reuters/TQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan