Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia pertimbang pindah kedutaan ke Baitulmakdis

Australia sedang menimbangkan untuk memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmakdis.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia pertimbang pindah kedutaan ke Baitulmakdis

(Gambar: Ammar Awad/Reuters)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 12:51PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 12:54PM

SYDNEY: Australia sedang menimbangkan untuk memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmakdis.

Status Baitulmakdis merupakan satu perkara yang paling mencabar dalam perjanjian damai antara Israel dengan Palestin.

Pada Disember lalu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggugurkan dasar Amerika Syarikat selama berpuluh-puluh tahun dengan mengiktiraf Baitulmakdis.

Pada masa itu, Australia bertegas bahawa ia tidak akan mengikut jejak Amerika Syarikat.

Bagaimanapun baru-baru ini, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memberitahu para wartawan semasa di Parlimen bahawa beliau "berfikiran terbuka" mengenai langkah tersebut.

Pengumuman yang mengejutkan itu dibuat beberapa hari sebelum pilihan raya parlimen yang bakal diadakan di kawasan undi di Sydney dengan ramai penduduk Yahudi, di mana calon parti liberal Encik Morrison, seorang mantan duta besar ke Israel, yang ketika ini kurang popular dalam kalangan pengundi.

Sekiranya parti itu kalah dalam pilihan raya tersebut, parti itu akan kehilangan satu kerusi dalam parlimen.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan