Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia berjaya jalankan operasi menyelamat pertama guna dron

Dalam apa yang disifatkan sebagai operasi menyelamat yang pertama di dunia menggunakan dron, dua perenang berjaya diselamatkan di Sydney.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2018 08:12PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 11:19PM

SYDNEY: Dalam apa yang disifatkan sebagai operasi menyelamat yang pertama di dunia menggunakan dron, dua perenang berjaya diselamatkan di Sydney.

Dron yang dikejarkan ke pantai Lennox Head, 750 kilometer ke barat bandar Sydney ini, melepaskan sebuah pelampung penyelamat kepada kedua-dua mangsa.

Kedua-duanya kemudian bergayut pada pelampung itu untuk sampai ke tempat lebih selamat.

Penggunaan dron untuk operasi menyelamat di laut itu didakwa lebih pantas untuk dilancarkan.

Australia mencatatkan 291 kematian akibat lemas di laut tahun lalu.  

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan