Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia banteras "pelancongan rumah anak yatim"

Australia sedang mengambil tindakan untuk membanteras apa yang disebut "pelancongan rumah anak yatim" bagi mencegah pemerdagangan kanak-kanak di Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Apr 2018 10:42PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 10:52PM

AUSTRALIA: Australia sedang mengambil tindakan untuk membanteras apa yang disebut "pelancongan rumah anak yatim" bagi mencegah pemerdagangan kanak-kanak di Asia Tenggara.

Ia merupakan satu trend perniagaan yang sedang berkembang kerana adanya permintaan dari para pelancong yang mahu beramal.

Bagaimanapun pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan NGO menyifatkan pelancongan jenis itu merupakan satu bentuk perhambaan moden.

Bagi mendapatkan derma dari para pelancong, ada rumah-rumah anak yatim di negara-negara sedang membangun seperti di Kemboja sanggup memindahkan kanak-kanak miskin dari rumah mereka dan diletakkan di rumah anak yatim yang berkenaan.

Sebahagian besar kanak-kanak itu bukan anak yatim.

Kira-kira 80 peratus daripada mereka sebenarnya tinggal dengan ibu bapa atau keluarga mereka.

Namun sering kali mereka dihantar ke rumah anak-anak yatim kerana dijanjikan penjagaan dan pendidikan lebih baik.

Menurut pertubuhan kebajikan Lumos yang membantu kanak-kanak di rumah anak yatim ada sekurang-kurangnya lapan juta kanak-kanak tinggal di rumah-rumah anak yatim atau institusi lain di merata dunia.

Kanak-kanak itu dipukul, dipaksa bekerja, tidak diberi makan atau mengalami penderaan seksual.

Rakyat Australia didapati antara yang paling banyak menderma kepada rumah-rumah anak yatim seperti itu.

Sehubungan dengan itu para anggota parlimen Australia mendesak agar kegiatan "pelancongan rumah anak yatim" dimasukkan ke dalam rang undang-undang anti perhambaan yang dijangka diluluskan parlimen negara itu tahun ini.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan