Aung San Suu Kyi tidak sertai Perhimpunan Agung PBB di tengah-tengah krisis Rohingya
Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi membatalkan hasratnya untuk menghadiri serta berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-72, kata Ketua Pengarah Pejabat Presiden U Zaw Htay.
YANGON: Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi membatalkan hasratnya untuk menghadiri serta berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-72, kata Ketua Pengarah Pejabat Presiden U Zaw Htay.
Encik U Zaw Htay menambah Cik Suu Kyi "sedang mencuba untuk mengawal keadaan keselamatan, dan untuk mempunyai keamanan dan kestabilan daripada dalam negeri, dan untuk mencegah penyebaran konflik perkauman".
Sebaliknya beliau akan diwakili Naib Presiden Encik U Henry Van Thio, lapor agensi berita China Xinhua.
Cik Suu Kyi pertama kali menghadiri dan menyampaikan ucapan di UNGA ke-71 pada September 2016.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.