Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Asyraf Wajdi gesa 'jangan tular video lelaki berlagak wanita'

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta masyarakat supaya tidak menularkan video tidak bermanfaat termasuk perilaku sesetengah lelaki yang berlagak seperti wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
Asyraf Wajdi gesa 'jangan tular video lelaki berlagak wanita'

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Jan 2018 08:48PM Dikemas Kini : 21 Jan 2018 09:00PM

KOTA BHARU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta masyarakat supaya tidak menularkan video tidak bermanfaat termasuk perilaku sesetengah lelaki yang berlagak seperti wanita.

Beliau berkata video seperti itu tidak membantu membina pemikiran dan jati diri masyarakat.

"Ada banyak lagi perkara yang lebih penting... bagi saya, pihak media tidak perlu sensasikan hal yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya tidak berhajat mahu komen benda yang tidak mampu membawa makna kepada pembangunan ummah dan negara. Jadi, saya berharap rakyat harus dididik supaya video yang tidak memberi sebarang makna tidak dipopularkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Konvensyen Pendidikan Islam Kelantan Anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hpada Sabtu (20 Jan).

Dr Asyraf Wajdi diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kenyataan Ketua  Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang meminta agensi berkaitan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap perilaku sesetengah individu lelaki popular yang berlagak seperti wanita, dalam usaha membendung penularan sikap sedemikian.

Komen beliau itu juga dibuat sedang Malaysia heboh setelah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan ia akan mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik negara itu, Nursajat Kamaruzzaman, dalam tempoh sebulan lagi.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan