Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS ubah strategi pertahanan negara, tangani saingan kuasa besar

Dalam bidang pertahanan, Amerika kini mengubah strategi nasionalnya yang memberi tumpuan kepada usaha memerangi pengganasan sejak lebih sedekad.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2018 03:22PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 09:19PM

AMERIKA SYARIKAT: Dalam bidang pertahanan, Amerika kini mengubah strategi nasionalnya yang memberi tumpuan kepada usaha memerangi pengganasan sejak lebih sedekad.

Setiausaha Pertahanan James Mattis berkata tumpuan utama Amerika sekarang adalah menangani saingan kuasa-kuasa besar seperti China dan Rusia serta negara-negara yang mengancam kemantapan serantau seperti Korea Utara dan Iran.

Pentagon mengumumkan bahagian yang tidak dirahsiakan dokumen "Strategi Pertahanan Nasional" itu semalam (19 Jan).

Ia menetapkan keutamaan-keutamaan bagi Jabatan Pertahanan Amerika dan perbelanjaan bagi masa depan.

Peruntukan pertahanan Amerika berjumlah hampir AS$590 bilion.

Jumlah tersebut empat kali lebih besar berbanding China dan 13 kali lebih banyak daripada Rusia.

Memberikan responsnya Menteri Luar Rusia menuduh Washington menggunakan pendekatan konfrontasi bagi membuktikan kekuatan dan bukannya menerusi dialog. 

Sumber : Agensi berita/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan