Images
  • trump july air force 1
    Presiden Donald Trump pada July 2018 (Gambar: AFP)

AS senaraikan AS$200b barangan China yang akan dicukai

WASHINGTON: Amerika Syarikat pada lewat Selasa (10 Jul) menyenaraikan barangan eksport bernilai AS$200 bilion (S$271.1 bilion) dari China yang akan dicukai seawal September. Ini meningkatkan lagi perang perdagangan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu.

Presiden Donald Trump sebelum ini bertekad untuk bertindak balas, selepas China membalas langkah Washington minggu lalu yang mengenakan cukai pertama sebanyak 25 peratus ke atas barangan bernilai AS$34 billion (S$46.1 bilion) yang diimport Amerika dari negara itu.

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat akan mengadakan perbicaraan berkenaan produk-produk yang disasarkan dan seorang pegawai pentadbiran mengatakan ia akan mengambil masa sekitar dua bulan untuk memuktamadkan senarai. Presiden Trump kemudian akan membuat keputusan untuk menguatkuasakan tarif tersebut ataupun tidak.

Presiden Trump pada minggu lalu berkata Amerika Syarikat mungkin secara keseluruhannya akan mengenakan cukai pada barangan China bernilai lebih AS$500 bilion (S$677.8 bilion) iaitu hampir sama dengan nilai keseluruhan barangan import Amerika Syarikat dari China tahun lalu.

Amerika Syarikat mula mengenakan cukai pada barangan China bernilai AS$34 bilion (S$46.1 bilion) pada Jumaat lalu.

- Agensi berita/TQ/tq

Top