Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Perancis, Britain gesa PBB luluskan rangka ketetapan siasat serangan senjata kimia

Amerika Syarikat, Britain dan Perancis memilih semula saluran diplomasi berhubung dakwaan berlakunya serangan senjata kimia di Douma, Syria sekitar seminggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Apr 2018 09:34PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 09:39PM

PBB: Amerika Syarikat, Britain dan Perancis memilih semula saluran diplomasi berhubung dakwaan berlakunya serangan senjata kimia di Douma, Syria sekitar seminggu lalu.

Semalam (14 Apr) tiga negara Barat itu melancarkan serangan ke tempat-tempat di Syria yang didakwa membuat senjata kimia.

Bagaimanapun hari ini (15 Apr), Amerika, Britain dan Perancis mahu Majlis Keselamatan PBB meluluskan satu rangka ketetapan untuk menyiasat dakwaan serangan senjata kimia di Syria itu.

Amerika, Britain dan Perancis menggunakan lebih 100 peluru berpandu dalam serangan ke atas Syria semalam (14 Apr). Ia sebagai menghukum pemerintah Syria yang didakwa melakukan serangan senjata kimia di Douma pada Sabtu minggu lalu yang membunuh sekitar 40 orang awam.

Pemerintah Syria menafikan melakukan serangan kimia itu.

Rusia yang merupakan sekutu utama pemerintah Syria pula menyifatkan serangan peluru berpandu semalam sebagai tindakan pencerobohan terhadap Syria.

Lantaran itu, Mosko menggesa Majlis Keselamatan PBB supaya mengadakan sidang tergempar untuk mengutuknya.

Namun usul Rusia itu ditolak dalam pengundian yang dilakukan.

Dalam pada itu pasukan merinyu Pertubuhan Pemantau Senjata Kimia (OPCW) akan ke Douma untuk menyiasat dakwaan serangan gas beracun.

Sumber : AFP/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan