Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Kanada beri amaran E. coli dalam salada romaine lettuce

Satu penularan baru jangkitan bakteria E. coli yang dikaitkan dengan pencemaran salada romaine lettuce dikesan di Kanada dan Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2018 07:33PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 09:26PM

NEW YORK: Satu penularan baru jangkitan bakteria E. coli yang dikaitkan dengan pencemaran salada romaine lettuce dikesan di Kanada dan Amerika Syarikat.

Sejauh ini, sekitar 50 orang terjejas.

Pihak berkuasa kesihatan di kedua-dua negara itu masih berusaha untuk mengesan punca pembiakan bakteria tersebut yang didapati tidak menjejas sesuatu jenama, pengeluar atau pembekal tertentu.

Orang ramai dinasihati supaya membuang lettuce yang tercemar itu. Namun, pencemaran kali ini dikenal pasti tidak ada kaitan dengan penularan di Amerika Syarikat pada Jun lalu, yang mengorbankan lima orang.

Jangkitan E. coli boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit. Malah dalam beberapa kes, ia boleh menyebabkan kegagalan ginjal.  

Sumber : Reuters/SS/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan