Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS hantar pesawat udara ke Filipina bagi bantu perang pengganas

Amerika Syarikat terus memberikan bantuan teknikal kepada tentera Filipina dengan menghantar sebuah pesawat udara tanpa pemandu ke Mindanao untuk membantu negara itu memerangi pengganas, lapor agensi berita China Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
AS hantar pesawat udara ke Filipina bagi bantu perang pengganas

Gambar fail bendera Amerika.

Diterbitkan : 11 Sep 2017 11:02PM Dikemas Kini : 11 Sep 2017 11:03PM

MANILA: Amerika Syarikat terus memberikan bantuan teknikal kepada tentera Filipina dengan menghantar sebuah pesawat udara tanpa pemandu ke Mindanao untuk membantu negara itu memerangi pengganas, lapor agensi berita China Xinhua.

"Pesawat dikenali Gray Eagle Unmanned Aircraft Systems (UAS) itu dihantar ke Mindanao untuk menjalankan aktiviti pengawasan tambahan sebagai menyokong usaha Angkatan Tentera Filipina (AFP)," kata kenyataan Kedutaan AS di Filipina pada Isnin.

Jelas kenyataan itu, Gray Eagle mempunyai tempoh penerbangan lebih lama yang membolehkan ia meninjau kawasan lebih luas. 

Sejak tiga tahun lepas, AS telah menghantar bantuan bernilai lebih 15 bilion peso (US$295 juta) dihantar ke Filipina.

"Penghantaran yang dilakukan baru-baru ini termasuk pesawat jenis UAS Raven Tactical dan dua pesawat pengawasan Cessna-208B," tambah kenyataan itu.

Hubungan ketenteraan yang teguh sejak sekian lama dengan Filipina membolehkan AS bertindak pantas membantu memenuhi keperluan AFP selain menyokong matlamat angkatan tentera berkenaan.

Sumber : Bernama/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan