Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS berkas ejen risikan China setelah diekstradisi dari Belgium

Amerika Syarikat menyatakan pada Rabu (10 Okt) bahawa ia sudah memberkas seorang ejen risikan China setelah dia diekstradisi dari Belgium, menuduhnya mencuri rahsia perdagangan Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
AS berkas ejen risikan China setelah diekstradisi dari Belgium

Seorang ejen risikan China dituduh mencuri rahsia perdagangan Amerika. (Gambar: Yasuyoshi Chiba/AFP)

Diterbitkan : 11 Oct 2018 10:42AM Dikemas Kini : 11 Oct 2018 10:46AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat menyatakan pada Rabu (10 Okt) bahawa ia sudah memberkas seorang ejen risikan China setelah dia diekstradisi dari Belgium, menuduhnya mencuri rahsia perdagangan Amerika.

Menurut Jabatan Keadilan, Xu Yanjun, seorang pegawai dari Kementerian Pertahanan Negara sudah merancang sejak 2013 untuk mendapatkan rahsia perniagaan GE Aviation dan syarikat-syarikat lain.

Dia dipercayai diumpan ke Belgium dalam satu operasi antirisikan, di mana dia diberkas di bawah waran tangkap Amerika Syarikat pada 1 April.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah ketegangan yang kian memuncak antara Washington dengan Beijing terhadap isu-isu geopolitik, perdagangan, penggodaman dan pengintipan.

Xu diserahkan kepada Amerika Syarikat pada Selasa (9 Okt), kali pertama seorang pegawai risikan diekstradisi dari sesebuah negara.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan