Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS beri Iraq 45 hari untuk import gas, bekalan elektrik dari Iran

Iraq boleh terus mengimport gas asli dan bekalan tenaga dari Iran selama tempoh 45 hari.

Anggaran Waktu Membaca:
AS beri Iraq 45 hari untuk import gas, bekalan elektrik dari Iran

Sekatan Amerika Syarikat terhadap sektor minyak Tehran digantung buat sementara waktu. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 10 Nov 2018 08:42PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 08:46PM

BAGHDAD: Iraq boleh terus mengimport gas asli dan bekalan tenaga dari Iran selama tempoh 45 hari. Amerika Syarikat mengumumkan demikian beberapa hari selepas melaksanakan semula sekatan terhadap sektor minyak Tehran.

"Amerika Syarikat sudah memberi Iraq pengecualian sementara dari sekatan-sekatan itu selama tempoh 45 hari agar ia dapat terus membeli gas asli dan bekalan elektrik dari Iran," menurut Kedutaan Amerika Syarikat di Iraq melalui rakaman video yang dimuatnaikkan ke laman Facebook rasminya pada Khamis (8 Nov).

Pada bulan Ogos, para pegawai bank pusat Iraq menyatakan bahawa ekonomi negara itu begitu berkait rapat dengan Iran. Maka itu, Baghdad akan meminta Washington bagi negara itu dikecualikan daripada sesetengah sekatan.

Pengecualian sementara itu tertakluk kepada Iraq tidak menggunakan dolar Amerika untuk membayar Iran bagi bekalan yang diimport.

Sekatan-sekatan yang ditarik balik di bawah perjanjian nuklear yang dirunding oleh pentadbiran mantan Presiden Barack Obama dan lima kuasa lain pada 2015, dikuatkuasakan semula pada 5 November.

Sekatan itu dikenakan ke atas 50 bank di Iran dan anak syarikatnya serta lebih 200 individu dan kapal dalam sektor perkapalan. Ia juga menyasarkan syarikat penerbangan Tehran, Iran Air, dan lebih 65 pesawatnya.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan