Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS akan pulangkan aset yang dirampas susuli siasatan 1MDB, kata Lim Guan Eng

"Beliau memberi jaminan kepada saya bahawa aset-aset yang dirampas dari 1MDB akan dipulangkan kepada Malaysia seawal mungkin," kata Encik Lim.

Anggaran Waktu Membaca:
AS akan pulangkan aset yang dirampas susuli siasatan 1MDB, kata Lim Guan Eng

(Gambar Fail: Reuters/Olivia Harris)

Diterbitkan : 12 Jun 2018 08:31PM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 08:39PM

KUALA LUMPUR: Duta Amerika Syarikat di Malaysia memberitahu Kuala Lumpur bahawa aset-aset yang dirampas oleh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dikembalikan kepada Malaysia.

Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng pada hari Selasa (11 Jun) mengeluarkan komen tersebut di Twitter selepas mengadakan mesyuarat dengan Cik Kamala Shirin Lakhdhir, Duta Amerika ke Malaysia.

"Beliau memberi jaminan kepada saya bahawa aset-aset yang dirampas dari 1MDB akan dipulangkan kepada Malaysia seawal mungkin," kata Encik Lim.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang sivil untuk merampas aset-aset yang dikatakan dibeli menggunakan dana yang digelapkan daripada dana 1MDB.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan