Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi siap sedia hadapi hujan lebat, banjir sedang 'amaran merah' dikeluarkan bagi Madinah

Para ahli kaji cuaca di Arab Saudi mengeluarkan amaran hujan lebat tahap merah di kawasan Madinah dengan pasukan-pasukan pertahanan awam dikerahkan sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya berlaku sebarang insiden banjir.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi siap sedia hadapi hujan lebat, banjir sedang 'amaran merah' dikeluarkan bagi Madinah

Madinah di Arab Saudi. (Gambar fail: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 01 Dec 2018 05:07PM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 05:09PM

JEDDAH: Para ahli kaji cuaca di Arab Saudi mengeluarkan amaran hujan lebat tahap merah di kawasan Madinah dengan pasukan-pasukan pertahanan awam dikerahkan sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya berlaku sebarang insiden banjir.

Demikian menurut laporan Arab News hari ini (1 Dis). Amaran tersebut dikeluarkan sedang hujan lebat sejak beberapa minggu ini di negara itu menyebabkan banjir di banyak kawasan. Sebilangan orang terkorban dan kelancaran trafik turut terjejas.

Pihak berkuasa menyatakan semalam (30 Nov) bahawa hujan mencurah-curah dijangka melanda beberapa wilayah Arab Saudi, lapor Arab News.

Antara wilayah yang dijangka terjejas termasuk Tabuk, Madinah, kawasan-kawasan pantai, Al-Jouf, Wilayah Sempadan Utara dan Hail. Ribut petir turut diramal melanda kawasan Makkah, termasuk kawasan-kawasan pantai serta tanah-tanah tinggi barat daya Arab Saudi.

Seorang jurucakap pasukan pertahanan awam di Tabuk, Encik Maj. Abdulaziz bin Farhan Al-Shammari, memberitahu Arab News bahawa pasukan-pasukannya sebelum ini dikerahkan ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir bagi membantu para penduduk terjejas.

Beliau menambah, beberapa panggilan kecemasan diterima daripada sebilangan penduduk yang rumahnya terkena banjir di Taima. Ada juga yang dipaksa untuk berpindah.

Pasukan-pasukan pertahanan awam di Amlaj menyelamatkan sebuah keluarga besar yang disapu banjir di kawasan pergunungan. Menurut Arab News, ketujuh-tujuh anggota keluarga berjaya diselamatkan dan tidak tercedera.

Encik Al-Shammari memberi amaran tentang bahaya banjir dan hujan, sambil menekankan pentingnya para penduduk bekerjasama di samping mematuhi amaran yang dikeluarkan.

Orang ramai turut dinasihati supaya tidak mendekati kawasan lurah, kerana ada risiko hanyut dalam banjir atau terdedah kepada arus elektrik.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan