Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Arab Saudi ikrar tindak balas jika dihukum atas pengkritik yang hilang

Arab Saudi memberi amaran pada Ahad (14 Okt) bahawa ia akan membalas sebarang sekatan terhadap kerajaannya atas kehilangan wartawan Jamal Khashoggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Oct 2018 08:40AM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 12:29AM

DUBAI: Arab Saudi memberi amaran pada Ahad (14 Okt) bahawa ia akan membalas sebarang sekatan terhadap kerajaannya atas kehilangan wartawan Jamal Khashoggi. Ini sedang pasaran saham Riyadh menjunam disebabkan kebimbangan para pelabur.

Daripada hartawan teknologi hingga ke syarikat gergasi media, beberapa syarikat dari Barat kini menjauhkan diri dari Arab Saudi, sekali gus menjejas rancangan perubahan ekonomi yang diuar-uarkan kerajaan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam sekutunya Arab Saudi pada Sabtu (13 Okt) dengan "hukuman berat" sekiranya Encik Khashoggi, yang bersikap kritikal terhadap Putera Mohammed, dibunuh semasa beliau berada di misi Arab Saudi di Istanbul.

Bagaimanapun, Riyadh berikrar akan bertindak balas terhadap sebarang langkah punitif yang dikenakan ke atasnya.

Satu sumber rasmi yang ditukil sebuah agensi berita negara, SPA, mengatakan bahawa Riyadh akan "membalas sebarang tindakan dengan lebih besar lagi", sambil menekankan bahawa negara yang kaya minyak itu "memainkan peranan yang berkesan dan penting dalam ekonomi sejagat".

Menurut siaran televisyen Al Arabiya yang dimiliki Saudi, kerajaan mempunyai "lebih 30 langkah" yang boleh dilaksanakan untuk membalas sebarang sekatan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan