Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar kata Port Dickson pilihan tepat

Encik Anwar Ibrahim berkata beliau sudah membuat keputusan yang tepat apabila memilih Port Dickson sebagai kawasan untuknya bertanding dan kembali ke Parlimen.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar kata Port Dickson pilihan tepat

Gambar fail Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Oct 2018 08:55AM Dikemas Kini : 11 Oct 2018 08:59AM

PORT DICKSON: Encik Anwar Ibrahim berkata beliau sudah membuat keputusan yang tepat apabila memilih Port Dickson sebagai kawasan untuknya bertanding dan kembali ke Parlimen.

“Selepas menemui pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh berkempen sejak 29 September lalu, saya dapat merasakan kehadiran saya di sini diterima baik masyarakat tempatan,” kata calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson itu.

“Saya sudah berkempen pergi ke kawasan Melayu, kawasan nelayan Melayu, nelayan Cina, estet India, tadi pun saya pergi takzirah di masjid saya tengok ramai yang datang.

“Saya berkempen dalam pembangkang sudah lama dan sekarang dalam kerajaan, saya tidak pernah saksikan semangat orang Melayu macam sekarang dan orang Cina pula tengok saya bukan sebagai Melayu tapi sebagai kawan,” katanya semasa berucap dalam ceramah di Lukut, pada Rabu (10 Okt).

Encik Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada semua masyarakat termasuk para pemimpin dan jentera yang membantunya menghadapi PRK itu.

“Saya sangat menghargai semua sokongan termasuk kehadiran (perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad dan kepada masyarakat pengundi saya tidak boleh berjanji banyak tapi saya akan memberikan yang terbaik untuk anda,” katanya.

PRK Port Dickson menyaksikan persaingan tujuh penjuru antara Encik Anwar dengan calon PAS Encik Mohd Nazari Mokhtar, serta lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Encik Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Encik Anwar, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Encik Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 September lepas, bagi membolehkan Encik Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Beliau baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi Sabtu ini (13 Okt).  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan