Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar: Kalau wakil rakyat bermewah, kita lesing

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan umum pertamanya sejurus dibebaskan mengingatkan rakyat agar terus memantau wakil rakyat yang dipilih.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar: Kalau wakil rakyat bermewah, kita lesing

(Gambar: Roslan Rahman/ AFP)

Diterbitkan : 17 May 2018 11:00AM Dikemas Kini : 17 May 2018 11:03AM

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan umum pertamanya sejurus dibebaskan mengingatkan rakyat agar terus memantau wakil rakyat yang dipilih.

"Terus pantau pastikan wakil rakyat kita. Bukan untuk kita takbur. Jangan sombong. Kita perlu berjuang dengan ikhlas. Pegang amanah dan jangan cuai," kata beliau seperti ditukil Malaysiakini.

"Kalau nampak lebih gaya, menang nikah satu lagi, tukar kereta, beli apartment baru, dan kalau kita dapat tahu, kita lesing," tambahnya di hadapan ribuan hadirin yang hadir Perhimpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya malam semalam (16 Mei).

Datuk Seri Anwar juga mengingatkan pemimpin yang dilantik sebagai menteri kabinet perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka, lapor Malaysiakini.

"Tapi kalau ada kekurangan tegur mereka. Kalau mereka mewah lebih-lebih, kita terajang mereka.

“Tapi bukan Tun M, yang lain," katanya berjenaka.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh ribuan yang hadir meraikan pembebasan tokoh gerakan reformasi itu. Turut hadir adalah pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menurut Malaysiakini lagi, selepas menjalani lebih tiga tahun hukuman penjara atas sabitan kesalahan liwat, Datuk Seri Anwar semalam (16 Mei) dibebaskan setelah mendapat pengampunan diraja.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan