Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim tekad luangkan masa bersama keluarga dahulu

Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan semalam (16 Mei) berazam ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim tekad luangkan masa bersama keluarga dahulu

(Gambar: Nurul Izzah Anwar/ Facebook)

Diterbitkan : 17 May 2018 08:23AM Dikemas Kini : 17 May 2018 08:28AM

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan semalam (16 Mei) berazam ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta.

Hal itu diluahkan Datuk Seri Anwar ketika menjawab satu soalan yang diajukan hos Astro AWANI dalam sesi temuramah khas di kediaman veteran politik tidak lama selepas pembebasan beliau pada Rabu (16 Mei).

"Papa Tok, mana aiskrim? Keduanya, pasal apa meeting lama, kami tunggu lama. Ini yang sangat membahagiakan saya. Patut beri ruang, mungkin hari ini atau esok. Tapi, saya putuskan Ramadan ini untuk bersama mereka," katanya kepada Astro Awani, sambil tersenyum.

Mengakui perjuangannya selama 20 tahun dan perjuangannya selepas ini juga adalah satu bentuk perjuangan keluarga, Datuk Seri Anwar mahu mereka 'diraikan' dengan cara paling terhormat, iaitu dengan meluangkan masa bersama.

"Saya baru menghirup udara kebebasan, jadi saya mahu gunakan masa yang ada dengan keluarga.

"Dapat berjumpa dan berkumpul sekali, itu satu kebahagiaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Kerana itu saya sudah berjanji mahu memperuntukkan masa sepanjang Ramadan ini untuk mereka," ujarnya seperti ditukil Astro Awani. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan