Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim tarik diri daripada jadi calon PM

Pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim menarik diri daripada menjadi calon perdana menteri seterusnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2017 10:57PM Dikemas Kini : 18 Jun 2017 11:01PM

MALAYSIA: Pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim menarik diri daripada menjadi calon perdana menteri seterusnya.

Dalam satu kenyataan, Datuk Seri Anwar berkata untuk memberikan tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang, beliau memilih untuk tidak menawarkan dirinya sebagai calon PM.

Datuk Seri Anwar dilihat sebagai cabaran terbesar kepada Perdana Menteri Najib Razak dan Perikatan Barisan Nasional.

Pada 2013, perikatan tiga parti pembangkang Malaysia berjaya meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya 2013.

Dan pilihan raya seterusnya perlu diadakan sebelum pertengahan 2018.

Merujuk kepada pakatan part-parti pembangkang untuk menerima sokongan mantan PM Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar berkata mereka harus memastikan penglibatan semua pemimpin termasuk Dr Mahathir.

Dr Mahathir 91 tahun, sebelum ini mengatakan beliau akan menimbangkan jawatan PM Malaysia jika tiada calon lain.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan