Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim isytihar tidak "tergesa-gesa" jadi Perdana Menteri; sokong penuh Mahathir

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberi pengampunan dan dibebaskan dari penjara hari ini (16 Mei) berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim isytihar tidak "tergesa-gesa" jadi Perdana Menteri; sokong penuh Mahathir

Anwar Ibrahim. (Gambar: REUTERS/Olivia Harris)

Diterbitkan : 16 May 2018 04:53PM Dikemas Kini : 16 May 2018 04:55PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberi pengampunan dan dibebaskan dari penjara hari ini (16 Mei) berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Beliau turut memberikan sokongan sepenuhnya kepada pemimpin Malaysia baru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta imbalannya, yang juga isteri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Sebagai rakyat yang prihatin, saya akan berikan sokongan penuh (pada mereka) untuk menguruskan negara ini atas kesefahaman bahawa kami komited kepada agenda reformasi,” kata beliau sebagaimana ditukil Malaysiakini.

Menurut Datuk Seri Anwar lagi, reformasi yang disebutkan ini termasuk sistem kehakiman, media dan institusi-institusi kerajaan negeri.

Menyentuh mengenai tempoh untuk mengambil alih tugas Dr Mahathir pula, Malaysiakini melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau perlu berbincang dengan pengerusi Pakatan Harapan.

"Saya tidak fikir saya harus dilihat tergesa-gesa atau menuntut tempoh masa segera," kata beliau semasa sidang media yang diadakan di luar rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur, tengah hari tadi. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan