Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar dilihat sudah 'menang'

Esok menjadi penentu kepada pertembungan tujuh penjuru Pilihan Raya Kecil (Port Dickson) namun Ketua Umum PKR Encik Anwar Ibrahim dilihat sudah pun 'menang’ sebelum keputusan diumumkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar dilihat sudah 'menang'

Gambar fail Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 09:39PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 09:44PM

PORT DICKSON: Esok menjadi penentu kepada pertembungan tujuh penjuru Pilihan Raya Kecil (Port Dickson) namun Ketua Umum PKR Encik Anwar Ibrahim dilihat sudah pun 'menang’ sebelum keputusan diumumkan.

Sumber terdekat Encik Anwar berkata persepsi dan sokongan rakyat Port Dickson terhadap pemimpin berusia 71 tahun itu sangat positif sepanjang 12 hari berkempen dan sudah pasti boleh mengekalkan kerusi PKR di Parlimen Port Dickson atas nama gabungan Pakatan Harapan (PH) namun isunya ialah majoriti undi yang bakal diperoleh.

"Beliau seorang yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan… kalau majoritinya setakat 200 ke 300 tidak elok untuk imej beliau,” kata sumber berkenaan kepada Bernama.

Pandangan itu disokong kuat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Encik M. Ravi yang menyifatkan kerja keras mereka pada minggu terakhir ini bukanlah untuk meletakkan Encik Anwar yang disifatkannya sudah pun menang, sebaliknya untuk meningkatkan majoriti mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

"Menang memang sudah menang, sekarang ini kita bekerja keras untuk meningkatkan lagi majoriti (Anwar). Sudah tiga hari saya menghubungi semua pengundi luar untuk balik mengundi dan setengah daripadanya sudah pun menyatakan persetujuan untuk pulang mengundi,” katanya dengan yakin.

Walaupun PRK berkenaan menyaksikan pertembungan tujuh penjuru, namun Encik Anwar, Encik Mohd Nazari dan Encik Mohd Isa dilihat lebih mendominasi kempen keseluruhan PRK itu.

Kawasan parlimen Port Dickson terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, 33 peratus kaum Cina, 22 peratus India dan lain-lain sebanyak dua peratus dari sejumlah 77,750 pengundi Port Dickson.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, penyandang kerusi tersebut Encik Danyal Balagopal Abdullah, 68 tahun, memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Encik V.S. Mogan dan Encik Mahfuz Roslan dari PAS.

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas pemenangnya dari PKR, Encik Danyal Balagopal Abdullah, mengosongkan kerusi pada 12 Sept lepas untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan