Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar bertegas tidak salah Rafidah kritik Pakatan Harapan

Tindakan Cik Rafidah Aziz menyelar pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana gagal mengotakan janji dan dibelenggu manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 tidak salah, kata Ketua Umum PKR Encik Anwar Ibrahim.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar bertegas tidak salah Rafidah kritik Pakatan Harapan

Gambar fail Encik Anwar Ibrahim. (Gambar: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 11 Oct 2018 09:44AM Dikemas Kini : 11 Oct 2018 09:47AM

PORT DICKSON: Tindakan Cik Rafidah Aziz menyelar pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana gagal mengotakan janji dan dibelenggu manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 tidak salah, kata Ketua Umum PKR Encik Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson itu berkata beliau menghormati pandangan tersebut dan menyifatkan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu adalah seorang pemimpin yang memiliki pengalaman luas dan sering memberikan nasihat.

"Beliau (Rafidah) adalah seseorang yang memberikan nasihat yang baik… beliau mempunyai pengalaman untuk meneliti perkara-perkara seperti ini, jadi tak salah dia komen," katanya kepada para wartawan ketika tinjauan mesra  program Pasar Jualan Harapan Rakyat di Pernama Kem Port Dickson, pada Rabu (10 Okt).

Hadir sama ialah bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Encik Syed Hamid Albar yang pertama kali turun berkempen untuk Encik Anwar di PRK itu sejak keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Cik Rafidah dilaporkan berkata beliau terkilan kerana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah memberitahunya untuk memegang portfolio Kementerian Pendidikan, namun tidak dilakukannya.

Cik Rafidah yang pernah menerajui Wanita UMNO turut memberi amaran bahawa tidak mustahil kerajaan PH akan kehilangan kuasa sekiranya tidak dapat membuat keputusan penting hanya kerana terikat dengan manifesto yang dijanjikan.

Dalam pada itu, Encik Syed Hamid turut bersetuju dengan pandangan Rafidah yang disifatkannya kerajaan terlalu bergantung kepada manifesto.

“Apa yang Rafidah cakap itu memang betul. Mana-mana parti politik cuba menunaikan manifesto mereka tetapi itu perlu bergantung kepada kemampuan kewangan.

“Apa yang penting sekali ialah rakyat sekarang mahukan kebebasan, masyarakat terbuka dan wakil rakyat yang mesra serta setia kawan,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan