Images
  • anwar presser
    Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media selepas dibebaskan. (Gambar: AFP)

Anwar akhirnya bebas: Isytihar tidak dendam terhadap Najib; ikrar 'Lembaran baru bagi Malaysia'

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim menyeru satu 'lembaran baru' bagi Malaysia semasa sidang media pertama beliau menyusuli pembebasannya dari penjara hari ini (16 Mei).

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusia 70 tahun itu berjalan dengan bebas dari Hospital Pemulihan Cheras selepas diperkenankan pengampunan dari Yang DiPertuan Agong Malaysia Sultan Muhammad V.

Berucap kepada wartawan di luar rumah beliau selepas menghadap Yang DiPertuan Agong, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kesyukurannya kepada semua yang berjuang untuk pembebasan beliau.

"Kami meminta pengampunan bukan untuk menebusi kesalahan, tetapi kerana terdapat penyalahgunaan kuasa, di mana Agong bersetuju - dan saya dibersihkan daripada semua dakwaan," kata beliau, yang pada ketika itu isteri beliau, timbalan perdana menteri dilantik, Dr Wan Azizah Ismail, berada di sampingnya.

"Kami merayu kerana terdapat ketidakadilan. Kami merayu kerana terdapat pencabulan keadilan, Saya tidak perlu menanda tangan sebarang dokumen kerana semua dakwaan saya sudah dipadamkan."

Datuk Seri Anwar berkata ini merupakan satu lembaran baru dari rakyat Malayia dengan pemilihan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baru.

"Saya harus berterima kasih kepada rakyat Malaysia... pelbagai rakyat Malaysia, tidak kira bangsa atau agama. Rakyat meminta perubahan," kata beliau. "Ini tanggungjawab kami untuk melunaskan mandat yang diberikan kepada PH."

Ditanya mengenai garis masa beliau mengambil alih tugas daripada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau berkata beliau akan memberikannya serta Dr Wan Azizah seluruh sokongan yang diperlukan bagi memastikan agenda reformasi dilaksanakan dengan berkesan.

"TIADA DENGKI"

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendedahkan bahawa beliau tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Dr Mahathir, walaupun Dr Mahathir menyingkirkannya pada 1998, dan kemudiannya dikenakan dakwaan sodomi dan rasuah. "Saya tidak berdendam dengan beliau. Kami sudah lupakan perkara yang lama dan kini beliau menyokong agenda reformasi," kata beliau.

Ketua Umum PKR itu turut berkata bahawa beliau juga tidak menyimpan dendam terhadap mantan perdana menteri Najib Razak, tetapi Datuk Seri Najib perlu dipertanggungjawabkan terhadap "ketidakadilan" yang dilakukan ke atas rakyat.  

- CNA/Agensi Berita/FA/fa

Komen Anda?

Top