Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anies Baswedan menang pilihan raya gabenor Jakarta

Syarikat-syarikat privet yang lain juga mendedahkan keputusan yang sama dengan 99 peratus undi dikira.

Anggaran Waktu Membaca:
Anies Baswedan menang pilihan raya gabenor Jakarta

Calon pilihan raya gabenor Jakarta Anies Baswedan. (Gambar: REUTERS/Beawiharta)

Diterbitkan : 19 Apr 2017 09:57PM Dikemas Kini : 19 Apr 2017 10:00PM

JAKARTA: Mantan menteri pendidikan Indonesia memenangi pilihan raya gabenor Jakarta hari ini (19 Apr) dan sebelum berlangsungnya pilihan raya itu tunjuk perasaan yang diadakan secara besar-besaran dikhuatiri menjejas reputasi Indonesia yang cuba mengamalkan toleransi agama di negara itu.

Anies Baswedan memenangi pilihan raya itu dengan meraih 58 peratus undi berbanding 42 peratus yang diperolehi Basuki Tjahaja Purnama, yang lebih dikenali sebagai "Ahok", berdasarkan "kiraan awal undi" tidak rasmi oleh Indikator Politik.

Syarikat-syarikat privet yang lain juga mendedahkan keputusan yang sama dengan 99 peratus undi dikira.

Suruhanjaya pilihan raya Indonesia akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal bulan Mei.

Kempen pilihan raya gabenor kali ini bergolak dengan tunjuk perasaan besar-besaran yang diterajui oleh kumpulan-kumpulan tegar, yang semakin lantang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lebih 80 peratus penduduk Indonesia adalah penganut agama Islam.

Kemenangan besar Baswedan tidak dijangka kerana tinjauan sebelum pilihan raya itu meramalkan persaingan sengit.

Ahok memenangi pusingan pertama pilihan raya gabenor Jakarta pada bulan Februari semasa terdapat tiga calon yang bersaing bagi merebut jawatan berkenaan.

Para pengguna media sosial Indonesia menyamakan keputusan pilihan raya itu dengan keputusan mengejut pilihan raya presiden Amerika Syarikat dan pungutan suara Brexit pada tahun lalu. 

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan