Images
  • phil mangkhut
    Bangunan roboh akibat taufan Mangkhut yang membadai Laoag di Filipina pada 15 September. (Gambar: Philippine Red Cross/menerusi Reuters)

Angka korban taufan Mangkhut cecah 49 orang di Filipina

MANILA: Taufan Mangkhut menimpakan kemusnahan besar ke atas harta benda dan meragut nyawa sekurang-kurangnya 49 orang manakala 13 yang lain masih hilang setelah ia membadai Pulau Luzon di Filipina pada Sabtu (15 Sep).

Kebanyakan mereka mati dalam beberapa kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang dibawa taufan dahsyat itu.

Para pegawai kaji cuaca Filipina berkata meskipun taufan Mangkhut sudah meninggalkan negara itu, hujan dijangka berterusan di beberapa kawasan, mungkin sehingga esok (17 Sep).


Beberapa batang jalan raya di bahagian utara masih ditutup kerana banjir dan hadangan-hadangan lain.

Operasi mencari dan menyelamat juga sedang dilakukan di kawasan-kawasan terpencil yang mengalami gangguan bekalan elektrik dan sistem perhubungan. 

- CNA/MU/ai

Top