Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban gempa Lombok terus meningkat, capai 259 orang

Agensi Pengurusan Bencana Indonesia mengumumkan hari ini (9 Ogos) jumlah korban yang maut akibat gempa bumi di Lombok Ahad lalu meningkat kepada 259 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban gempa Lombok terus meningkat, capai 259 orang

Suasana di sekitar Masjid Jamiul Jamaah di mana para penyelamat dan pihak berkuasa meneruskan usaha mencari para mangsa. (Gambar: Antara Foto/ Zabur Karuru melalui Reuters)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 10:05PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 10:07PM

JAKARTA: Agensi Pengurusan Bencana Indonesia mengumumkan hari ini (9 Ogos) jumlah korban yang maut akibat gempa bumi di Lombok Ahad lalu meningkat kepada 259 orang.

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat kerana ramai mangsa masih terperangkap dalam runtuhan, menurut agensi itu.

"Bagi jumlah korban yang maut dan dikenal pasti sahaja sudah mencecah 259 orang. Angka ini dijangka terus meningkat sedang pasukan-pasukan menyelamat terus mencari para mangsa yang terperangkap dalam bangunan-bangunan yang runtuh," tambah agensi itu.

Sebelum ini, 131 orang disahkan terkorban dalam gempa bumi kedua yang melanda Lombok dalam tempoh kurang seminggu.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan