Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban cecah 378 mangsa dalam tempoh 6 hari perayaan Songkran

Perayaan Songkran di Thailand tahun ini meragut banyak nyawa para pemandu dan penunggang motosikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban cecah 378 mangsa dalam tempoh 6 hari perayaan Songkran
Diterbitkan : 17 Apr 2018 04:29PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 04:52PM

BANGKOK: Perayaan Songkran di Thailand tahun ini meragut banyak nyawa para pemandu dan penunggang motosikal.

Hampir 400 orang mati dan lebih 3,500 yang lain cedera setelah terlibat dalam kemalangan-kemalangan jalan raya di merata negara itu.

Jumlah tersebut merupakan satu pertambahan besar daripada tahun-tahun sebelumnya.

Sebahagian besarnya melibatkan penunggang motosikal.

Memandu kereta atau menunggang motosikal dalam keadaan mabuk terus sebagai punca utama kemalangan, diikuti dengan memandu terlalu laju.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyifatkan jalan-jalan raya Thailand antara yang paling berbahaya.

Keadaannya masih tidak banyak berubah meskipun pelbagai kempen keselamatan sudah diadakan sepanjang beberapa tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan