Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota polis terlibat pembunuhan Altantuya perlu hadapi perbicaraan baru, kata Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata seorang bekas anggota polis yang terlibat dalam skandal pembunuhan Malaysia 12 tahun lalu harus menghadapi perbicaraan baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2018 09:25PM Dikemas Kini : 17 May 2018 10:23PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata seorang bekas anggota polis yang terlibat dalam skandal pembunuhan Malaysia 12 tahun lalu harus menghadapi perbicaraan baru.

Kini dalam tahanan Australia, Sirul Azhar Umar dihukum penjara kerana membunuh seorang model Mongolia di Malaysia pada 2006.

Dia mendakwa diperintahkan oleh orang-orang penting untuk membunuh wanita itu yang merupakan kekasih kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak adalah mantan pembantu rapat kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Para penentang Najib sudah lama mendakwa bahawa anggota polis itu yang menjadi anggota unit elit yang menjaga para menteri Malaysia dijadikan kambing hitam dalam pembunuhan itu.

Sirul Azhar pernah mengancam untuk mendedahkan siapa yang memberikannya perintah untuk membunuh.

Dia dibebaskan atas ikat jamin sebelum melarikan diri ke Brisbane pada Oktober 2014.  

Sumber : CNA/NU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan