Images
  • Papua killing
    Mayat seorang pekerja binaan yang terbunuh tiba di Lapangan Terbang Mozes Kilangin Fimika. (Gambar: Jeremias Rahadat/Reuters)

Anggota kumpulan OPM yang lakukan pembunuhan beramai-ramai diburu

WAMENA: Pasukan keselamatan Indonesia sedang memburu anggota-anggota kumpulan pemisah Papua yang dipercayai membunuh 19 pekerja binaan di daerah Mbua pada Ahad lalu (2 Dis).

Pembunuhan itu adalah salah satu keganasan terburuk di Papua dalam masa beberapa tahun.

19 pekerja yang dibunuh itu adalah orang-orang awam yang bekerja dengan syarikat binaan milik negara, Istaka Karya. Sebelum ini, lokasi 16 mayat sudah diketahui.

Syarikat itu terlibat dalam pembinaan jambatan-jambatan bagi lebuh raya Rentas Papua.

Dalam perkembangan terkini, askar-askar Indonesia berjaya mendapatkan semula sembilan mayat pekerja binaan yang dibunuh itu.

Namun, askar-askar tersebut terpaksa menghentikan operasi mencari mayat lain selepas satu pergaduhan tercetus antara para askar dengan anggota Organisasi Papua Merdeka (OPM).  

- AFP/MU/aq

Top