Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota bomba Muhammad Adib meninggal dunia

Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan di kuil bulan lalu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota bomba Muhammad Adib meninggal dunia

Allahyarham Muhammad Adib ketika dipindahkan dari Pusat Perubatan Sime Darby ke Institut Jantung Negara. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Dec 2018 11:09PM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 11:14PM

KUALA LUMPUR: Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan di kuil bulan lalu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam ini.

Perkara itu disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kepada pemberita di IJN.

Beliau berkata jenazah akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di ibu negara esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kedah dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," kata Cik Zuraida.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Allahyarham pada asalnya dirawat di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya sebelum dipindahkan ke IJN.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan