Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anda tertinggal barang? Perkara biasa. Tapi ini kes tertinggal anak dalam pesawat

Tertinggal barang boleh dikatakan perkara biasa. Setiap orang pasti pernah terlupa sesuatu, seperti kunci, telefon bimbit, jam tangan atau buku.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda tertinggal barang? Perkara biasa. Tapi ini kes tertinggal anak dalam pesawat

Gambar hiasan pesawat. (Gambar: AFP/Joe Klamar)

Diterbitkan : 18 Apr 2017 11:57PM Dikemas Kini : 18 Apr 2017 11:59PM

CHINA: Tertinggal barang boleh dikatakan perkara biasa. Setiap orang pasti pernah terlupa sesuatu, seperti kunci, telefon bimbit, jam tangan atau buku.

Tapi bagi sepasang suami isteri ini, mereka tertinggalkan 'sesuatu' yang tidak harus mereka lupa, sewaktu keluar dari pesawat yang mereka naiki.

Mereka tertinggal...anak perempuan mereka!

Budak perempuan berusia 10 tahun itu secara tidak sengaja ditinggalkan oleh ibu bapanya setelah pesawat yang mereka naiki mendarat di China, lapor laman Huanqiu.

Sebaik menyedari budak itu masih berada di dalam pesawat, seorang anak kapal terpaksa menghubungi pasangan itu untuk mengingatkan mereka tentang anak yang tertinggal itu.

Pesawat China Southern Airlines CZ3484 itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun setelah membuat penerbangan dari Chengdu, lapor Daily Mail.

Setelah semua penumpang turun dan anak-anak kapal mula membersihkan pesawat, alangkah terkejutnya mereka apabila ternampak budak perempuan yang sedang nyenyak tidur di tempat duduk bahagian belakang pesawat.

Mereka kemudian mengejutkan budak itu yang duduk berasingan daripada ibu bapanya sepanjang penerbangan tersebut.

Setelah mendapatkan nombor telefon ibu bapa budak itu, anak kapal segera menghubungi mereka.

Menurut bapa budak perempuan berkenaan, beliau menyangka anak perempuannya akan mengekori mereka dari belakang kerana mereka leka dan sibuk menguruskan bagasi, lapor Daily Mail.

Malah, beliau juga tidak menyedari anaknya itu sedang tidur.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan