Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak Najib sakit barah, sukar bayar bil hospital selepas akaun dibekukan

Anak perempuan mantan Perdana Menteri Najib Razak, Puteri Norlisa, yang menghidap penyakit barah tahap akhir, dilaporkan berasa tertekan selepas akaun banknya dibekukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Najib sakit barah, sukar bayar bil hospital selepas akaun dibekukan

Cik Puteri Norlisa Najib. (Gambar: Putri Norlisa Najib/ Instagram)

Diterbitkan : 12 Jul 2018 08:00AM Dikemas Kini : 12 Jul 2018 08:10AM

PUTRAJAYA: Anak perempuan mantan Perdana Menteri Najib Razak, Puteri Norlisa, yang menghidap penyakit barah tahap akhir, dilaporkan berasa tertekan selepas akaun banknya dibekukan.

Menurut adiknya, Encik Mohd Nazifuddin, Cik Norlisa, 37 tahun, berdepan dengan masalah untuk membayar bil hospital bagi rawatan kemoterapi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana beliau sedang lakukan rawatan kemoterapi.

“Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini, beliau sukar membayar bil hospital.

“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit barah sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan ini menyulitkannya lagi untuk pulih daripada penyakit barah darah,” kata Encik Nazifuddin kepada Utusan Online.

SPRM baru-baru ini dilapor membekukan akaun Puteri Norlisa bersama anak Najib yang lain, iaitu Cik Nooryana Najwa, Encik Mohd Norashman dan Encik Mohd Nizar menyusuli siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Malaysiakini difahamkan Cik Norlisa dikesan menghidapi barah pada tiga bulan lalu. Beliau kini ulang-alik ke hospital sekali seminggu untuk rawatan.

“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.

“Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” tambah Encik Nazifuddin.

Utusan Online bagaimanapun tidak menyebut di mana Cik Norlisa dirawat. Adiknya berharap kerajaan Pakatan Harapan lebih prihatin terhadap nasib kakaknya.

Dalam pada itu, Encik Najib dalam kenyataannya di Facebook semalam (11 Jul) mendedahkan bahawa beliau hanya menyedari akaun banknya dibekukan selepas cek peribadi untuk membayar bil hospital anaknya ditendang bank.

Encik Najib bagaimanapun berkata beliau difahamkan akaun bank anak-anaknya tidak lagi dibekukan bermula pagi semalam (11 Jul).

Beliau justeru berkata, tindakan itu membuktikan pembekuan sebelum ini sebenarnya tidak berasas. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan