Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak 4 tahun lumpuh seumur hidup selepas hadiri kelas tarian tidak berlesen

Apakah anda antara mereka yang suka mendaftarkan anak-anak ke dalam pelbagai kelas untuk mempelajari kemahiran baru? Jangan lupa untuk pastikan bahawa anak anda itu dalam tangan mereka yang bertauliah.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak 4 tahun lumpuh seumur hidup selepas hadiri kelas tarian tidak berlesen

Xiao Bao gagal untuk melakukan gaya ‘back bridge’ dan kini lumpuh. (Gambar: Asiawire)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 09:32PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 09:37PM

ZHENGZHOU: Apakah anda antara mereka yang suka mendaftarkan anak-anak ke dalam pelbagai kelas untuk mempelajari kemahiran baru? Jangan lupa untuk pastikan bahawa anak anda itu dalam tangan mereka yang bertauliah.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun menjadi lumpuh kerana silap langkah dalam kelas tariannya.

Menurut laporan The Sun, Xiao Bao cuba untuk melakukan gaya ‘back bridge’ – yang sering dilakukan dalam senaman yoga – dengan kanak-kanak lain sebagai sebahagian daripada rutin pemanasan tubuh mereka.

Malangnya, Xiao Bao hilang imbangan lalu terjatuh ketika jurulatihnya sedang memberi arahan.

Xia Bao tidak dapat merasakan sebarang pergerakan di bahagian bawah tubuhnya, lapor The Sun.

Doktor kemudian mendapati Xiao Bao juga tidak dapat mengawal untuk menahan kencing atau buang air besar. Menurut The Sun lagi, Xiao Bao cedera teruk di bahagian tulang belakangnya.

“Kemungkinan besar, bahagian bawah kanak-kanak ini akan lumpuh seumur hidup,” kata Dr Qi Lin, pakar pembedahan neuro di Hospital Kanak-Kanak Zhengzhou.

Bapa Xiao Bao baru sahaja mendapat tahu kelas tarian itu sebenarnya tidak mempunyai lesen operasi.

Beliau menuntut supaya diberi pampasan, namun mereka hanya menawarkan £1,131 (S$2,060).  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan