Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak 2 tahun maut selepas ditinggalkan dalam kereta selama 4 jam

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Malaysia meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta ibunya selama empat jam di tempat meletak kenderaan sebuah kolej hari ini (14 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
Anak 2 tahun maut selepas ditinggalkan dalam kereta selama 4 jam

Gambar petikan skrin Google Maps Kolej Vokasional Port Dickson.

Diterbitkan : 14 Mar 2018 07:31PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 07:34PM

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Malaysia meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta ibunya selama empat jam di tempat meletak kenderaan sebuah kolej hari ini (14 Mac).

Polis menyatakan bahawa ibunya meletakkan kereta Proton Saga pada 9.00 pagi di Kolej Vokasional Port Dickson, tetapi terlupa mengenai anaknya itu, menurut laporan media tempatan.

Ibunya, seorang pensyarah di kolej berkenaan, hanya perasan selepas beliau meninggalkan anaknya sekitar 1.00 tengah hari, kata ketua polis Port Dickson Superintenden Zainudin Ahmad.

"Apabila beliau bergegas ke kenderaannya, mangsa sudah tidak sedarkan diri," kata beliau menurut laporan The Star.

Ibu tersebut kemudian membawa anaknya ke klinik Port Dickson, tetapi disahkan meninggal dunia selepas itu, lapor New Straits Times.

Superintenden Zainudin menambah bahawa bedah siasat akan dilakukan ke atas mayat kanak-kanak itu bagi mengenal pasti punca kematian.  

Sumber : CNA/Agensi Berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan