Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Alhamdulillah, terima kasih Tuanku', reaksi Anwar Ibrahim selepas diampunkan Yang di-Pertuan Agong

“Alhamdulillah, terima kasih Tuanku”. Itulah reaksi pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara menyusuli pembebasan beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
'Alhamdulillah, terima kasih Tuanku', reaksi Anwar Ibrahim selepas diampunkan Yang di-Pertuan Agong

Gambar: Roslan Rahman/AFP

Diterbitkan : 16 May 2018 03:03PM Dikemas Kini : 16 May 2018 03:08PM

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, terima kasih Tuanku”.

Itulah reaksi pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara menyusuli pembebasan beliau.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebelum beredar meninggalkan pekarangan Istana Negara hari ini (16 Mei).

Anwar Ibrahim, 71 tahun, dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, Datuk Seri Anwar berkata tumpuan beliau kini ialah untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Bersama Datuk Seri Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah.

Dr Wan Azizah berkata beliau memanjatkan syukur di atas pembebasan suaminya hari ini.

“Ia adalah detik yang sungguh bermakna. Saya sangat bersyukur dan lega, Ia satu permulaan untuk membina negara,” kata Dr Wan Azizah. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan