Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AirAsia tambah penerbangan antara Kota Kinabalu dengan S'pura

AirAsia akan menggandakan jumlah penerbangan antara Kota Kinabalu dengan Singapura kepada 14 penerbangan setiap minggu, bermula 1 Ogos 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia tambah penerbangan antara Kota Kinabalu dengan S'pura

Pesawat AirAsia. (Gambar fail: Charles Platiau/Reuters)

Diterbitkan : 18 Jun 2018 04:35PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 04:39PM

KUALA LUMPUR: AirAsia akan menggandakan jumlah penerbangan antara Kota Kinabalu dengan Singapura kepada 14 penerbangan setiap minggu, bermula 1 Ogos 2018.

Dalam satu kenyataan hari ini (18 Jun), syarikat penerbangan itu menyatakan kekerapan penerbangan tambahan tersebut dijangka dapat memacu hubungan udara antara kedua-dua bandar tersebut, selaras dengan komitmen AirAsia untuk merapatkan jurang antara negara-negara ASEAN.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia Encik Spencer Lee berkata, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, AirAsia akan mengendalikan perkhidmatan sebanyak dua kali sehari dari Kota Kinabalu ke Singapura. 

"Peningkatan penerbangan ini membolehkan kami menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan kami sama ada yang melancong untuk perniagaan atau percutian,” kata Encik Lee dalam kenyataan itu.

Bagi meraikan penambahan penerbangan tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang inklusif daripada RM148(S$49.90) sehala dari Kota Kinabalu ke Singapura. 

Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 23 Jun 2018, untuk tempoh perjalanan antara sekarang dengan 31 Januari 2019.

AirAsia menghubungkan sembilan laluan antarabangsa dari kota tersebut - Singapura, Hong Kong, Manila, Taipei, Guangzhou, Hangzhou, Wuhan dan Shenzhen, termasuk satu laluan terus terbaru ke Bangkok bermula 16 Ogos 2018.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan