Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aidilfitri serata dunia: Ada yang meriah, ada tertekan

Masyarakat Islam di merata Asia, Australia dan Timur Tengah, meraikan Aidilfitri hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2015 05:23PM Dikemas Kini : 20 Jul 2015 11:56AM

JAKARTA: Masyarakat Islam di merata Asia, Australia dan Timur Tengah, meraikan Aidilfitri hari ini. Namun bukan semua yang menyambut lebaran dalam suasana meriah, malah ada yang dalam keadaan tertekan.

Seperti yang dianjurkan agama, ramai penduduk Islam Indonesia menandakan berakhirnya bulan Ramadan dengan mengerjakan solat Aidilfitri di masjid-masjid. Ini disusuli dengan lawatan ke tapak perkuburan untuk mengingati orang-orang tersayang yang telah mendahului mereka.

Rakyat Muslim Indonesia menunaikan solat Aidilfitri di pelabuhan Sunda Kelapa di Jakarta. (Gambar: AP/Dita Alangkara)

Rakyat Muslim Indonesia menunaikan solat Aidilfitri di pelabuhan Sunda Kelapa di Jakarta. (Gambar: AP/Dita Alangkara)

Di Sydney, Australia, dianggarkan 30,000 orang memenuhi Masjid Lakemba bagi solat Aidilfitri. Cuaca yang sejuk bukan menjadi penghalang kepada kehadiran ribuan orang termasuk beberapa pemimpin politik Australia dan Perdana Menteri New South Wales.

Warga Muslim mendengar khutbah Aidilfitri di Masjid Lakemba di Sydney. (Gambar fail: AFP/Saeed Khan)

Warga Muslim mendengar khutbah Aidilfitri di Masjid Lakemba di Sydney. (Gambar fail: AFP/Saeed Khan)

Di Iraq, sambutan Aidilfitri tetap diteruskan meskipun keadaan keselamatan yang tidak menentu. Keganasan sebelum ini mencemari penghujung bulan Ramadan yang baru lalu.

Rakyat Iraq berdoa semasa melawat kubur anggota keluarga di Baghdad. (Gambar: AFP/ AHMAD AL-RUBAYE)

Rakyat Iraq berdoa semasa melawat kubur anggota keluarga di Baghdad. (Gambar: AFP/ AHMAD AL-RUBAYE)

Di kebanyakan negara di Timur Tengah, lebaran disambut selama tiga hari.

Para penduduk di Gaza bagaimanapun masih hidup di tengah-tengah runtuhan bangunan akibat pengeboman Israel. Tertekan dari segi kewangan, ramai yang tidak mampu membeli bahan-bahan untuk membuat manisan tradisional sempena Aidilfitri.

Seorang wanita Palestin berjalan melalui bangunan-bangunan musnah di Beit Hanun, Gaza. (Gambar: AFP/MOHAMMED ABED)

Seorang wanita Palestin berjalan melalui bangunan-bangunan musnah di Beit Hanun, Gaza. (Gambar: AFP/MOHAMMED ABED)

Pasar-pasar kelihatan sesak dengan orang ramai tetapi kebanyakan pegerai mendakwa orang ramai semakin kurang berbelanja kerana keadaan ekonomi mereka. 

Warga Palestin membeli manisan untuk sambutan Aidilfitri di Gaza. (Gambar: AP/Adel Hana)

Warga Palestin membeli manisan untuk sambutan Aidilfitri di Gaza. (Gambar: AP/Adel Hana)

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan