Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid serah tugas Presiden UMNO kepada Timbalannya, Mohamad Hassan

Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini (18 Dis) mengumumkan bahawa timbalannya Mohamad Hasan akan menjalankan tugas-tugas Presiden menyusuli kemelut yang melanda parti itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid serah tugas Presiden UMNO kepada Timbalannya, Mohamad Hassan

Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 18 Dec 2018 11:56PM Dikemas Kini : 18 Dec 2018 11:59PM

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini (18 Dis) mengumumkan bahawa timbalannya Mohamad Hasan akan menjalankan tugas-tugas Presiden menyusuli kemelut yang melanda parti itu.

Sehubungan itu, beliau berharap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan mahu kepimpinan di peringkat akar umbi memberi fokus kepada memperkukuhkan parti.

"Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini, saya mengambil keputusan memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri UMNO selepas ini.

Akar umbi, katanya, amat mengharapkan pimpinan UMNO bersatu hati menterjemahkan hala tuju parti sesuai dengan slogan baru "UMNO Bangkit".

Sementara itu Dr Ahmad Zahid ketika bersiaran langsung di Facebook UMNO Online menjelaskan bahawa terdapat lima golongan dalam parti itu ketika ini termasuk golongan yang tegar UMNO dan tidak mahu parti Melayu itu bergabung dengan mana-mana parti.

Empat golongan lain ialah mereka yang mahu UMNO bekerjasama dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), golongan mahukan gabungan dengan PKR, golongan menyokong gabungan dengan PAS yang diinginkan akar umbi dan golongan menentang sebarang kerjasama dengan DAP.

“Dalam hal ini saya amat menghormati dalam pemukiman yang dibuat oleh ketua sayap dan bahagian seluruh negara bahawa untuk menang semula dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kita tidak mahu bergabung dengan mana-mana parti.

“Kita mesti bergerak sebagai pembangkang, kita bina semula kekuatan dan wujud kesepaduan dalam kalangan kita, dan UMNO tolak jika ada usaha kerjasama dengan DAP. Kita tolak seratus peratus,” katanya dalam program Wacana U 3.0, sesi dari hati ke hati bersama Presiden UMNO di Menara Dato Onn malam ini.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan