Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid Hamidi dipanggil beri keterangan 3 hari berturut-turut

Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini (12 Okt) hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), buat tiga hari berturut-turut bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid Hamidi dipanggil beri keterangan 3 hari berturut-turut

Gambar fail Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 02:48PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 02:53PM

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini (12 Okt) hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), buat tiga hari berturut-turut bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Mantan timbalan perdana menteri Malaysia itu tiba di pekarangan lobi SPRM pada pukul 9.20 pagi dengan menaiki sebuah kereta SUV berwarna putih, menurut laporan Astro Awani.

Siasatan sedang dijalankan berhubung dana Yayasan Akal Budi yang didakwa digunakan bagi melunaskan hutang kad kredit milik beliau dan isterinya, yang menurut Astro Awani, membabitkan nilai mencecah RM800,000 (S$264,700).

Secara keseluruhannya, ini adalah kali kelima beliau dipanggil untuk memberi keterangan di SPRM - empat kali berhubung yayasan tersebut, dan sekali berhubung isu dana RM2.6 bilion (S$860.8 juta) yang dimasukkan ke akaun mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Menurut laporan Astro Awani, anak dan menantu beliau - Nurulhidayah dan Saiful Nizam Mohd Yusoff - serta adik tirinya, Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi turut dipanggil untuk memberi keterangan sebelum ini. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan