Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli parlimen Balakong maut dalam kemalangan

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Nissan x-Trail yang dipandu mangsa melanggar belakang sebuah lori.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli parlimen Balakong maut dalam kemalangan

(Gambar: Facebook/Eddie Ng Tien Chee)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 09:37AM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 10:07AM

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Encik Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di Lebuhraya Grand Saga, awal pagi Jumaat (20 Jul).

Dalam kejadian sekitar 12.30 pagi itu, Encik Ng, 40 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang mengesahkan insiden itu berkata ketika kejadian itu, Encik Ng dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Nissan x-Trail yang dipandu mangsa melanggar belakang sebuah lori.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini (20 Jul).

Menurutnya lagi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu, Encik Ng dari DAP, mengalahkan dua pencabar iaitu Encik Lim Chin Wah daripada BN dan Encik Mohamad Ibrahim Ghazali daripada PAS dengan kelebihan 35,538 undi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan