Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ada unsur 'pengaruh' ISIS dalam insiden tikam di Melbourne

Seorang lelaki rakyat Australia yang membakar sebuah lori sarat dengan tong gas di pusat bandar Melbourne serta menikam seorang individu sehingga mati, dipengaruhi ISIS. Dia bagaimanapun tidak mempunyai kaitan langsung dengan kumpulan militan itu, menurut polis hari ini (10 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Ada unsur 'pengaruh' ISIS dalam insiden tikam di Melbourne

Dalang serangan tikaman di Melbourne dipengaruhi ISIS, namun tiada kaitan langsung dengan kumpulan berkenaan. (Gambar: Sonali Paul/Reuters)

Diterbitkan : 10 Nov 2018 06:12PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 06:15PM

MELBOURNE: Seorang lelaki rakyat Australia yang membakar sebuah lori sarat dengan tong gas di pusat bandar Melbourne serta menikam seorang individu sehingga mati, dipengaruhi ISIS. Dia bagaimanapun tidak mempunyai kaitan langsung dengan kumpulan militan itu, menurut polis hari ini (10 Nov).

Polis mengenal pasti lelaki yang bertanggungjawab atas serangan semalam (9 Nov) sebagai Hassan Khalif Shire Ali, yang dilahirkan di Somali. Menurut polis, lelaki berusia 30 tahun itu menjadi radikal dan dipengaruhi oleh propaganda kumpulan militan tersebut.

Dalam insiden itu, Shire Ali ditembak polis dan kemudian meninggal dunia di hospital.

Menurut polis, pasport Shire Ali dibatalkan pada 2015 menyusuli laporan perisikan yang mendapati bahawa dia merancang untuk pergi ke Syria. Meskipun satu penilaian yang dijalankan mendapati bahawa dia mempunyai pandangan radikal, namun dia dikatakan tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.

ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, meskipun tidak memberikan sebarang bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

PEMERGIAN PEMILIK KAFE DIRASAI PENDUDUK

Serangan pada Jumaat (9 Nov) berlaku beberapa minit, sejurus sebelum waktu sibuk pada sebelah petang. Shire Ali menikam para pejalan kaki dan menyerang para pegawai polis sementara lorinya yang sarat dengan tong gas terbakar di Bourke Street.

Tong-tong gas itu tidak meletup dan kebakaran tersebut berjaya dipadamkan dalam tempoh 10 minit. Bagaimanapun, seorang lelaki mati ditikam di tempat kejadian.

Polis menyatakan mangsa ialah seorang lelaki berusia 74 tahun yang bekerja di bandar itu, namun pihaknya tidak mendedahkan nama beliau.

Rakan niaga lelaki itu mengenal pasti mangsa sebagai Sisto Malaspina, pemilik bersama kafe Pellegrini.

Polis wilayah Victoria menyatakan para penyiasat anti pengganasan menggeledah dua bangunan yang ada kaitan dengan serangan itu, namun pihaknya tidak mendedahkan hasil siasatan tersebut. 

Australia berada di tahap berjaga-jaga bagi insiden keganasan seumpama itu menyusuli serangan di sebuah kafe di Sydney pada 2014. Agensi-agensi perisikan juga sudah mempertingatkan pemeriksaan.

Pesuruhjaya Polis Victoria, Graham Ashton, berkata pihaknya tidak menerima sebarang amaran menjelang serangan terbaru itu. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan