Images
  • bed

Acara 'bed-in' dianjurkan sempena Jelajah Lawatan Bas Pendidikan John Lennon

MANHATTAN: Di Manhattan, New York City, para pelajar sekolah awam mendapat satu rangsangan gaya Beatles menerusi 'bed-in'.

Acara 'bed-in' itu adalah pembikinan semula satu tunjuk perasaan dalam suasana sebuah rumah yang terkenal pada tahun 1960-an oleh penyanyi Beatles John Lennon dan isterinya, Yoko Ono, untuk mencela Perang Vietnam.

Datuk Bandar, Bill de Blasio, menyertai bekas pemain dram Beatles, Ringgo Starr, pelakon Amerika, Jeff Bridges dan Ono untuk menyerikan acara ini.

Ia dianjurkan bersempena Jelajah\Lawatan Bas Pendidikan John Lennon yang mempamerkan acara "Come Together" buat tahun kelima.

Kali ini, temanya adalah 'aktivisme pelajar'.

Para pelajar dijemput menaiki bas itu untuk mencuba sendiri latihan media dan beberapa subjek lain.

Dilancarkan pada 1998, jelajah Lennon dianjurkan untuk mempromosikan warisan anggota Beatles itu melalui seni.

Lebih 100 pelajar menghadiri acara di New York itu di mana mereka berkumpul untuk menyanyikan, antara lagu-lagu klasik Beatles lain, seperti "Give Peace a Chance".

- Agensi berita/FZ/na

Top